India arah siasat insiden tembakan 2 orang awam di Kashmir


Protes tercetus di Srinagar bagi menuntut pihak berkuasa mengembalikan mayat kedua-dua mangsa kepada keluarga mereka.– Gambar EPA, 18 November, 2021.

PIHAK berkuasa India yang mentadbir Kashmir mengarahkan siasatan dijalankan berhubung pembunuhan dua orang awam ketika operasi pasukan keselamatan.

Polis sebelum itu bertindak ganas menyuraikan protes bagi menuntut mayat mangsa dikembalikan kepasa keluarga mereka.

Menurut polis, lelaki terbabit maut dalam tembakan di luar sebuah kompleks komersial di Srinagar.

Keluarga mangsa berkata mereka dalah orang awam dan menuduh pasukan keselamatan bertindak membunuh mereka dengan kejam dan menafikan dakwaan polis bahawa dua mangsa berkenaan terbabit dengan kumpulan militan.

Manoj Sinha, yang merupakan lantikan New Delhi yang berkhidmat sebagai pentadbir tertinggi Kashmir India, berkata kerajaan akan mengambil tindakan yang sesuai sebaik sahaja laporan mengenai insiden itu selesai.

Kematian Mohammad Altaf Bhat dan Mudasir Ahmed Gul mencetuskan kemarahan di wilayah itu, yang mana puluhan orang awam telah terbunuh tahun ini.

Bhat memiliki bangunan di mana kejadian pada hari Isnin berlaku, manakala Gul adalah penyewa di kompleks yang menjalankan perniagaan hartanah. Dua suspek militan lain turut maut dalam pertemuan itu.

Polis menyerbu upacara menyalakan lilin di Srinagar yang diadakan oleh ahli keluarga mangsa bagi menuntut mayat mereka dikembalikan untuk pengebumian Islam yang sewajarnya.– AFP, 18 November, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen