3 maut dalam serangan di Kashmir 


Anggota pasukan keselamatan India dokerah ke lokasi kejadian bagi memburu suspek.– Gambar EPA, 6 Oktober, 2021.

SEORANG lelaki bersenjata menembak mati tiga orang awam dalam insiden tembakan di Kashmir, kata polis. 

Dua lelaki, seorang pemilik kedai ubat dan seorang penjaja gerai jalanan di Bihar ditembak mati di bandar Srinagar. 

Satu setengah jam kemudian, seorang lagi lelaki turut ditembak di kawasan Shahgund di utara bandar berkenaan, kata polis. 

Pasukan keselamatan kemudian bertindak mengepung kawasan insiden bagi memburu pelaku. 

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan yang berlaku empat hari selepas dua penduduk dibunuh oleh pengganas di Srinagar.

Kejadian itu didalangi kumpulan The Resistance Front yang merupakan kumpulan pemberontak baharu yang mendakwa dua mangsa terbabit bekerja dengan pasukan keselamatan India.

Sejak Ogos lalu, puluhan orang awam dan polis dibunuh oleh pemberontak. 

Kumpulan pemberontak India menjalankan serangan terhadap tentera India sejak 1989, yang menuntut pembebasan Kashmir. – AFP, 6 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen