CEO syarikat projek uCustoms IT direman 6 hari


KETUA pegawai eksekutif syarikat yang terbabit dalam projek uCustoms ditahan reman selama 6 hari bermula hari ini susulan penangkapannya oleh pihak berkuasa anti rasuah, lapor Sinar Harian.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat di ibu pejabat agensi itu dan ketua pesuruhjaya Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Projek uCustoms, dikatakan bernilai RM397.43 juta, sepatutnya menjadi sistem IT baharu Jabatan Kastam kerana sistem semasa dibentuk pertama kali pada 1995.

Kegagalan projek itu dibentangkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 yang dikeluarkan awal minggu ini.

Projek itu berpanjangan hingga 86 bulan (7 tahun dua bulan) selepas 5 pelanjutan masa (EOT) diberikan apabila ia gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan pada Oktober 2015.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyatakan syarikat itu dipilih sekalipun ada cadangan lain daripada jawatankuasa penilaian teknikal dan kegagalan untuk membina sistem uCustoms menyebabkan pembayar cukai kerugian RM272.99 juta. – 2 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen