9 syarikat multinasional ditutup sejak 14 bulan lalu, kata Azmin 


Raevathi Supramaniam

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia bagaimanapun masih menjadi destinasi yang kuat untuk pelabur asing di Asia Tenggara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Oktober, 2021.

SEMBILAN syarikat multinasional menutup opersi mereka di Malaysia sejak permulaan pandemik pada Mac, 2020 hingga Mei, 2021, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Kesemua syarikat terbabit terlibat dalam sektor tekstil, jentera dan besi, pembinaan, elektrik dan elektronik serta sektor kimia.

“Salah satu punca utama penutupan itu adalah pengucupan ekonomi global berpunca daripada pandemik Covid-19, pasaran lemah dan penurunan jualan kerana kurang permintaan dari negara luar,” kata menteri kanan Mohamed Azmin Ali dalam jawapan bertulis Parlimen. 

“Peningkatan kos operas, saingan daripada pengilang tempatan dan antarabangsa, kurang permintaan dan penstrukturan turut membawa kepada syarikat menutup operasi mereka di sini.”

Azmin menjawab soalan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam-PH) yang bertanya berapa banyak syarikat multinasional yang menghentikan operasi di Malaysia sejak Januari, 2020 dan mengapa. 

Syarikat yang menutup operasi di Malaysia adalah Esquel Malaysia Sdn. Bhd. (Pulau Pinang), Esquel Malaysia (Kelantan) Sdn. Bhd., Pen Apparel Sdn. Bhd., Bekaert Ipoh Sdn. Bhd., HOWCO Metal Management Malaysia Sdn. Bhd., Transnorm System Sdn. Bhd., Terreal Malaysia Sdn. Bhd., Sika Kimia Sdn Bhd and SONY EMCS (Malaysia) Sdn Bhd.

Walaupun ditutup, Azmin berkata Malaysia tetap menjadi destinasi yang kuat untuk pelabur asing di Asia Tenggara.

“Dari Januari hingga Jun 2021, pelaburan dari pembuatan dan perkhidmatan bernilai RM107 bilion, meningkat daripada RM69.3 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.

“Dari jumlah ini, RM62.5 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI). Ini adalah peningkatan 214.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.”

Singapura menyumbang jumlah FDI tertinggi dengan pelaburan RM43.5 bilion diikuti Korea (RM6.3 bilion), Belanda (RM5.1 bilion), Kepulauan Virgin Britain (RM3 bilion) dan Jepun (RM600 juta). – 1 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen