Tubuh suruhanjaya diraja untuk hak Sarawak, Sabah, kata pakar 


Desmond Davidson

Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi hari ini mencadangkan kerajaan persekutuan membubarkan jawatankuasa kabinet mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan menubuhkan suruhanjaya diraja.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2021.

PAKAR perlembagaan Shad Saleem Faruqi hari ini mencadangkan kerajaan persekutuan menyingkirkan pelbagai jawatankuasa kabinet mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan menubuhkan suruhanjaya diraja.

Jawatankuasa berkenaan, merujuk kepada Jawatankuasa Khas Kabinet yang dibentuk di bawah kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 dan jawatankuasa kabinet Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional ketika mengambil alih kuasa tahun lalu.

Dalam bual bicara khas mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah perlembagaan persekutuan, Shad berkata cubaan untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati dua negeri Borneo berhubung persekutuan Malaysia adalah perlahan kerana jawatankuasa itu berpihak dalam membuat keputusan.

“(Ahli politik) dari kedua-dua pihak.”

Katanya, dalam suruhanjaya diraja, ahlinya lebih neutral kerana tidak berkhidmat untuk ahli politik dan mereka dipilih berdasarkan kelayakan dan bebas.

“Dalam suruhanjaya diraja mereka hanya berikan bukti,” kata Shad Saleem dan menambah suruhanjaya diraja juga membawa prestij yang besar kerana ini adalah siasatan rasmi awam ad-hoc utama terhadap masalah yang ditentukan.

Shad Saleem berkata ketidakpuasan Sarawak dan Sabah adalah nyata dan pemimpin persekutuan dalam kerajaan persekutuan mesti mengetahuinya dan mengatasinya.

“Lapan puluh  lim atahun dan tidak semua yang tahu mengenai hubungan Borneo dan kerajaan pusat,” katanya.

“Di kebanyakan kawasan, autonomi Sabah dan Sarawak mengalami kemunduran kerana perkembangan perlembagaan, politik, sosial dan agama.

“Kita perlu bersatu hati dan bersama-sama menghentikan ketegangan dan mencari penyelesaian jangka panjang.”

Shad Saleem berkata kajian menyeluruh mengenai instrumen perlembagaan, perundangan, kewangan dan politik perlu dilakukan.

Beliau juga mengingatkan pemimpin bahawa isu royalti minyak telah mencetuskan gerakan di kebanyakan negara, memberi Nigeria dan Sudan sebagai contoh. – 19 Ogos, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen