26 tentera Chad maut dalam serangan pemberontak


Tentera Chad berdepan risiko tinggi dalam usaha untuk menjaga keselamatan wilayah itu daripada ancaman pemberontak.– Gambar EPA, 6 Ogos, 2021.

SEKURANG-kurangnya 26 tentera Chad maut dalam serangan kumpulan pemberontak di wilayah bergolak Chad, kata pegawai kanan kerajaan semalam. 

“26 anggota tentera Chad gugur di medan perang, 14 lagi cedera, termasuk lapan parah.

“Beberapa anggota kumpulan pemberontak turut dihapuskan dan operasi membanteras ini diteruskan,” kata jurucakap tentera Jeneral Azem Bermandoa Agouna kepada AFP.

Timbalan pengawas wilayah berkenaan Haki Djiddi memberitahu AFP, 24 tentera terbunuh pada Rabu selepas Boko Haram menyerang mereka ketika brehat selepas kembali daripada meronda. 

Presiden majlis peralihan tentera Mahamat Idriss Deby berkata sejak bapanya meninggl dunia dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak, risikonya masih tinggi. 
 
“Kematian tentera menjadi cabaran utama yang kita masih hadapi di sempadan negara kita,” kata Deby. – AFP, 6 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen