SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh dalam ketika mengadakan protes bagi membantah junta tentera Chad baharu.
Pemimpin junta sebelum ini berjanji untuk mengadakan dialog ketika jeneral tentera mengambil alih kuasa susulan kematian pemimpin veteran Idriss Deby Itno.
Anak Deby yang berusia 37 tahun, Mahamat yang mengetuai Majlis Peralihan Tentera (TMC) berikrar mahu mengadakan dialog kebangsaan selepas protes berlaku di ibu negara N’Djamena dan selatan Chad.
Menurut kerajaan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam protes berkenaan namun NGO tempatan melaporkan sembilan kematian—tujuh di ibu negara dan dua di selatan.
Polis dikerahkan di N’Djamena untuk menyuraikan penunjuk perasaan, yang terdiri daripada pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil.
Pihak berkuasa bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan terbabit.
Pendakwa raya Youssouf Tom memberitahu AFP, seorang wanita terbunuh selepas penunjuk perasaan menyerang sebuah bas di wilayah Dembe di N’Djumena.
Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut dalam protes di selatan bandar Mondou, kira-kira 400 kilometer dari ibu negara berkenaan.
“Setakat ini kita masih belum mengetahui punca sebenar kematian, mangsa adalah lelaki muda berusia 21 tahun, kata pendakwa raya Mondou, Ali Kolla Ibrahim kepada AFP. – AFP, 28 April, 2021.
Komen