Bekas perdana menteri Chad ditahan kerana rasuah 


BEKAS perdana menteri Chad yang berkhidmat dari 2013 hingga 2016 ditahan pada Ahad atas dakwaan rasuah, kata jurucakap polis kepada AFP. 

Kalzeube Pahimi Deubet ditahan susulan laporan daripada jabatan audit negara itu kerana rasuah, kata jurucakap berkenaan.

Jawatannya yang terkini melibatkan penyelarasan tindakan kerajaan. Selain jawatan perdana menteri, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan menteri.

Presiden Chad, Idriss Deby Itno, yang mentadbir negara pengeluar minyak itu sejak 1990, berikrar untuk membanteras rasuah. 

Negara berkenaan mempunyai sejarah keganasan dan rasuah. Ia berada di tangga 165 daripada 180 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2018. – AFP, 2 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen