Tentera Chad musnahkan markas Boko Haram


TENTERA Chad pada Sabtu memusnahkan lima markas kumpulan pengganas Boko Haram susulan serangan ke atas pangkalan tentera negara itu pada 23 Mac yang membunuh 98 askar, lapor agensi berita Anadolu. 

Markas di Niger dan Nigeria dimusnahkan dalam “Operasi Boma’s Wrath,” menurut Presiden Chad dan operasi memerangi kumpulan pengganas akan diteruskan. 

Boko Haram melancarkan pemberontakan berdarah pada 2009 di timur laut Nigeria, dan meneruskan kekejaman mereka ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mendorong tentera bertindak balas. 

Lebih 30,000 orang terbunuh dan hampir 3 juta hilang tempat tinggal sejak sedekad aktiviti keganasan Boko Haram di Nigeria, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan. – Bernama, 4 April, 2020.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen