23 maut, 34 cedera bas mini bertembung trak di Ivory Coast


SEKURANG-KURANGNYA 23 orang maut dan 34 yang lain cedera dalam nahas jalan raya di selatan Ivory Coast (Cote d’Ivoire), lapor Sputnik.

Menurut akhbar Fraternite Matin, sebuah bas mini bertembung dengan sebuah trak,  kira-kira 100 kilometer (62 batu) di utara Abidjan, bandar terbesar di negara ini pada Khamis.

Daripada 34 orang yang cedera, 16 mangsa termasuk lima kanak-kanak dihantar ke hospital berdekatan. Tiga mangsa dewasa dalam keadaan koma.

Menurut saksi kejadian kemalangan itu berpunca tayar bas pancit sebelum terbabas dan bertembung dengan trak. – Bernama, 16 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen