PM Ivory Coast meninggal dunia akibat kanser


Perdana Menteri Ivory Coast Hamed Bakayoko meninggal dunia di Jerman pada Rabu akibat kanser. – Gambar AFP, 11 Mac, 2021.

PERDANA Menteri Ivory Coast Hamed Bakayoko meninggal dunia di Jerman pada Rabu akibat kanser, lapor Sputnik.

“Negara kita sedang berkabung. Dengan perasaan yang amat sedih saya mengumumkan pemergian Perdana Menteri Hamed Bakayoko ... pada Rabu, 10 Mac 2021 di Jerman kerana kanser,” kata Presiden Alassane Ouattara.

Ouattara berkata, ahli politik berusia 56 tahun itu selama ini berkhidmat dengan penuh dedikasi, seorang negarawan hebat dan menjadi teladan kepada golongan muda.

Beliau  turut mengucapkan takziah kepada keluarga Bakayoko. – Bernama, 11 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen