MENTERI kesihatan Ivory Coast mengumumkan kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu pada Ahad.
Eugene Aka Aouele bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran mengenai mangsa, namun berkata proses siasatan telah dijalankan.
Aouele turut mengumumkan 25 lagi kes virus berkenaan direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu 165.
Isnin lalu, Presiden Alassane Outtara mengisytiharkan darurat bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Perintah berkurung serta penutupan sempadan turut dikuatkuasakan antara 9 malam hingga 5 pagi.
Beliau turut menyekat pergerakan keluar masuk di ibu negaranya Abidjan dan menutup semua bar, restoran dan sekolah.
Negara jirannya, Burkina Faso turut merekodkan 222 kes dengan 12 kematian. – AFP, 30 Mac, 2020.
Komen