PAU 2020 penentuan bagi Zahid, Umno


Chan Kok Leong

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2019 tahun lalu. Beliau kini berdepan dengan usaha Bersatu untuk mengenepikan Umno lantas mendominasi kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2021.

KERJASAMA dengan Bersatu dijangka menjadi tumpuan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 hujung minggu ini, yang juga bersempena sambutan Jubli Intan 75 tahun parti itu dalam politik Malaysia.

Hubungan antara dua parti itu kini retak selepas setahun bergabung menggulingkan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun lalu.

Selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno membentuk kerjasama dengan seteru lamanya PAS di bawah gagasan Muafakat Nasional pada 2019, bersama matlamat untuk memenangi PRU15.

Laluan itu disangka akan menjadi lebih mudah susulan pengkhianatan Bersatu terhadap PH melalui Langkah Sheraton sehingga terbentuk kerajaan Perikatan Nasional pada Mac tahun lalu. Namun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini berdepan dengan cita-cita Bersatu untuk mengenepikan parti pimpinannya lantas mendominasi kerajaan.

Pada pilihan raya negeri Sabah tahun lalu misalnya, Bersatu meletakkan banyak calon bebas di beberapa kerusi untuk menutup peluang Umno meraih kemenangan.

Bersatu, parti yang paling kecil dalam PN, mahu Umno memberi 15 kerusi yang asal dimenanginya tetapi kini disandang Bersatu. 

Kerusi Parlimen itu asalnya disandang oleh ahli Parlimen Umno tetapi kemudian keluar parti selepas PRU14 dan seterusnya menyertai Bersatu.

Tindakan Bersatu yang jelas mengenepikan Umno itu membawa kepada usul untuk menamatkan kerjasama dalam PRU15. 

Jika diukur dari segi kekuatan, Umno mempunyai kelebihan daripada segi wakil dalam Parlimen, jumlah keahlian dan sokongan akar umbi.

Bagi Umno, parti itu tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle atau tempat kedua selepas Bersatu selepas PRU15.

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menamatkan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 bagaimanapun tidak dipersetujui kumpulan yang mesra kepada parti pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu.

Umno Perlis dilaporkan secara terbuka mencabar keputusan itu, menegaskan akan memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat sekiranya mereka kekal dengan pendirian untuk tamat kerjasama dengan Bersatu.

Pengerusinya Shahidan Kassim bagaimanapun kemudian berkata Umno Perlis akan terus setia dan tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat.

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menamatkan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 bagaimanapun tidak dipersetujui kumpulan yang mesra kepada parti pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu.

Umno Perlis dilaporkan secara terbuka mencabar keputusan itu, menegaskan akan memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat sekiranya mereka kekal dengan pendirian untuk tamat kerjasama dengan Bersatu.

Pengerusinya Shahidan Kassim bagaimanapun kemudian berkata Umno Perlis akan terus setia dan tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat.

Hanya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang sehingga kini masih lantang menolak keputusan MKT Umno.

Perbezaan pandangan mengenai hubungan dengan Bersatu menyebabkan Umno berpecah kepada tiga kelompok atau kluster.

“Kluster fitnah” adalah mereka yang menyebarkan pembohongan dan melancarkan serangan terhadap pimpinan parti, manakala “kluster mahkamah” merujuk kepada pemimpin yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Bagi pemimpin-pemimpin Umno yang memegang jawatan dalam kerajaan pula, mereka digelar “kluster Kabibet”.

Perpecahan dalam Umno begitu ketara sehingga dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini Zahid mendedahkan dua ahli MKT dikenal pasti sering membocorkan maklumat mesyuarat badan itu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata perbicangan mengenai kerjasama dengan Bersatu serta kedudukan Umno dalam kerajaan akan mendominasi PAU 2020 hujung minggu ini.

“Perhimpunan agung sekali lagi akan membincangkan kedudukan Umno dalam kerajaan dan kerjasamanya dengan Bersatu, meskipun 124 daripada 190 bahagian sudah memuktamadkan untuk putus hubungan pada Januari,” katanya.

“Walaupun MKT telahpun umum keputusan parti, masih ada beberapa pemimpin Umno yang mahu mengekalkan hubungan dengan Bersatu dan menggesa ia dipertimbangkan semula pada PAU.

“Ini secara tidak langsung penentangan terhadap kepimpinan Zahid dan perbahasan pada perhimpunan dijangka panas,” kata Hisomuddin, sambil menambah perwakilan akan membahaskan kebaikan dan keburukan Umno tinggalkan PN dan Muafakat Nasional.

“Kerjasama Umno-PAS berjalan dengan baik ketika kedua-duanya jadi pembangkang, tetapi berubah sejak PAS memutuskan untuk terus berada dalam gabungan PN.”

Ditambah pula kerjasama baik itu hanya di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur, katanya.

“PAS tidak kuat di Johor, manakala bersaing dengan Umno di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ini semua akan dibahaskan dalam perhimpunan,”  – 25 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen