Lapan remaja Bosnia mati kerana disyaki keracunan gas


Polis berkata mereka melancarkan siasatan setelah mendapat laporan pada awal pagi Jumaat bahawa "beberapa orang ditemui mati" di Tribistovo, selatan Bosnia. – Gambar EPA, 1 Januari, 2020.

LAPAN remaja meninggal dunia dipercayai keracunan gas di sebuah rumah di Bosnia pada Jumaat, kata pihak berkuasa negara itu.

Media tempatan melaporkan kesemua mereka menjadi mangsa keracunan gas ketika menyambut tahun baharu.

Datuk bandar Posusje Ante Begic memberikan takziah kepada keluarga mangsa “setelah tragedi di mana lapan nyawa anak muda terkorban” di akaun Facebook beliau.

Polis berkata mereka melancarkan siasatan setelah mendapat laporan pada awal pagi Jumaat bahawa “beberapa orang ditemui mati” di Tribistovo, selatan Bosnia.

Maklumat lebih lanjut akan diketahui selepas siasatan, kata jurucakap polis Martina Medic kepada televisyen BHRT.

Akhbar harian Dnevni avaz pula melaporkan bahawa mangsa berada di rumah hujung minggu di mana mereka merayakan tahun baharu. – AFP, 1 Januari, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen