POLIS Bosnia hari ini menahan lima pekerja muzium genosid kerana disyaki menggelapkan wang di dua institusi di negara itu yang dikhususkan untuk mangsa perang pada 1990-an.
Jasmin Meskovic, yang mengetuai Persatuan Tahanan Bosnia, antara yang ditahan, kata jurucakap pejabat pendakwa raya.
Meskovic disyaki menguruskan sekumpulan individu yang menual tiket masuk palsu dan mengambil wang yang dikutip sejak Julai 2017, kata jurucakap Azra Bavcic.
Meskovic ialah salah seorang pengasas muzium berkenaan dan presiden bersama bagi badan yang menguruskan institusi itu.
Jumlah wang yang diselewengkan tidak didedahkan.
Di muzium di Sarajevo, harga tiket untuk dewasa ialah 5 euro.
Muzium jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid di Sarajevo yang dibuka pada 2016 itu menjadi lokasi mesti dikunjungi oleh pelancong ke ibu kota Bosnia berkenaan yang menyaksikan pertumpahan darah dilakukan oleh tentera Serbia ketika perang.
Cawangan muzium itu dibuka di bandar Mostar pada 2018.
Peperangan Bosna antara Croatia, Muslim dan Serbia menyebabkan 100,000 terkorban.
Pembunuhan beramai-ramai 8,000 lelaki Islam di Srebrenica pada Julai 1995 oleh tentera Serbia dilabel sebagai genosid oleh Mahkamah Antarabangsa. – AFP, 17 Disember, 2019.
Komen