Kesatuan pekerja gesa kerajaan henti penyumberan luar sepihak oleh bank


Ravin Palanisamy

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bank Nasional (Nube) J Solomon mendesak kerajaan untuk campur tangan dan menghentikan penyumberan luar secara sepihak oleh bank. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2020.

KESATUAN Pekerja Bank Nasional (Nube) mendesak agar Putrajaya campur tangan dan menghentikan penyumberan luar secara sepihak oleh bank.

Setiausaha Agung Nube J Solomon berkata kegagalan kerajaan untuk melindungi kesatuan dan anggotanya dari pelanggaran dan penyalahgunaan hak kesatuan sekerja mereka oleh bank-bank yang tidak bertanggungjawab membimbangkan.

“Nube menyatakan keprihatinan yang mendalam terhadap Dasar Penyumberan Luar Bank Negara Malaysia (BNM) 2019 yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2019.

“BNM bertindak secara sepihak dalam menyusun polisi ini tanpa mempertimbangkan kehidupan pekerja B40 dan M40 serta tanpa berunding dengan Nube, pihak berkepentingan utama dalam masalah ini.

“Pada hari istimewa untuk industri ini, kami medesak Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara untuk menghentikan penyumberan luar sepihak,” katanya dalam satu kenyataan bersempena Hari Bank Antarabangsa hari ini. – 3 Disember, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen