8 kluster baharu Covid-19 dikesan, kata KP Kesihatan


Lapan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini melibatkan tiga di Sabah, dua di Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Labuan dan Johor. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2020.  

LAPAN kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini, melibatkan tiga di Sabah, dua di Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Labuan dan Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster pertama dikesan ialah Kluster Rumah Merah melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kota Kinabalu, Sabah dengan 57 kes didapati positif Covid-19, sementara 72 individu dikesan negatif daripada sejumlah 129 individu disaring setakat 12 tengah hari ini.

“Kes indeks kluster ini (kes ke-29774) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Okt. Saringan kontak rapat mengesan 56 lagi kes positif Covid-19 dan kesemua kes menerima rawatan di Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.

Beliau berkata Kluster Telipok juga melibatkan daerah Kota Kinabalu dengan 10 kes dikesan positif virus berkenaan hasil saringan di tempat kerja pada 29 Okt dan mereka dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar.

Katanya sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 112 individu disaring, termasuk 10 kes positif Covid-19, manakala 102 individu lagi dikesan negatif. – Bernama, 30 Oktober, 2020.  

MENYUSUL



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen