Sabah menyumbang lebih separuh kes baharu Covid-19 hari ini


Ragananthini Vethasalam

Sabah merekodkan 466 atau 58.3% kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2020.  

SABAH menyumbang lebih separuh jumlah 799 jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam 24 jam terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya hari ini berkata negeri ittu merekodkan 466 atau 58.3% kes dalam tempoh 24 jam terakhir.

Beliau mengaitkannya dengan ujian virus yang lebih disasarkan di Sabah.

Negeri itu juga melaporkan tiga kematian yang menjadikan jumlah kematian nasional menjadi 249 orang.

Kes-kes harian baharu menjadikan jumlah nasional meningkat kepada 30,889 kes.

Pihak berkuasa kesihatan juga mengenal pasti lapan kluster baharu sementara jumlah kes aktif meningkat kepada 10,392 daripada 10,087 orang.

Sementara itu seramai 491 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih dari Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan ini jumlah keseluruhan pesakit pulih berjumlah 20,248.

Seramai 90 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 30 Oktober, 2020.  

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen