823 positif Covid-19, 8 kematian hari ini


Ravin Palanisamy

JUMLAH kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini turun ke jumlah 823 berbanding jumlah paling tinggi pernah Malaysia hadapi semalam iaitu 1,000 lebih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, Sabah sekali lagi mencatat jumlah tertinggi dengan 533 kes, yakni sebanyak 64.8%.

“Jumlah hari ini menurun 356 kes (40%) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan semalam di Sabah.

“Ini kerana jumlah angka yang direkodkan di penjara Kepayan dan Kota Kinabalu menurun daripada 434 kes semalam menjadi 67 kes hari ini,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini.

Pulau Pinang pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan 97 kes baharu.

Manakala di Lembah Klang, 99 kes atau 12% jumlah dilaporkan, di mana Selangor menyumbang 88 kes manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing merekodkan 10 dan satu kes.

Jumlah kematian di seluruh negara pula sebanyak 8 kematian, menjadikan jumlah kematian seramai 229.

Semua kematian melibatkan rakyat Malaysia dilaporkan dari Sabah. – 25 Oktober, 2020.

MENYUSUL



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen