SKMM panggil eksekutif TMI berhubung artikel RCI forex


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memanggil lima kakitangan The Malaysian Insight (TMI) termasuk CEO dan pengarangnya Jahabar Sadiq, berhubung satu artikel editorial. – Gambar The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil lima kakitangan The Malaysian Insight (TMI) termasuk CEO dan pengarangnya Jahabar Sadiq, berhubung satu artikel editorial bertajuk “Sham of an RCI”.

Artikel itu mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an di mana pengkritik menyifatkan ia sebagai serangan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pakatan pembangkang.

Pegawai dari SKMM berkata agensi itu bertindak susulan laporan dibuat kumpulan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), yang mendakwa TMI meremehkan RCI itu.

Selain Jahabar, individu lain yang dipanggil termasuk eksekutif TMI.

SKMM pada masa ini sedang menyiasat sama ada portal berita yang beroperasi sejak sembilan lalu, melanggar mana-mana undang-undang dalam laporannya itu yang didakwa menghina Perdana Menteri Najib Razak.

Dakwaan yang mengatakan TMI menghina Najib dibuat pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini oleh perwakilan Pulau Pinang Mohd Nasrol Hisham Abdullah.

Nasrol dalam ucapan perbahasannya menggesa pihak berkuasa menyiasat TMI.

Perwakilan Umno Johor Haliza Abdullah turut membuat kenyataan serupa dalam ucapannya.

Nasrol juga berkata TMI dimiliki oleh Faridah Begum, kakak kepada Jahabar dan juga isteri Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.

Sementara itu, pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut melawat pejabat TMI hari ini dan meninggalkan premis selepas mendapati keadaan teratur.. – 12 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen