AMERIKA Latin dan Caribbean lepasi angka 250,000 kematian akibat koronavirus pada Khamis, menurut perkiraan AFP berdasarkan statistik rasmi negara.
Wilayah ini mencatat 6,463,245 jangkitan dan 250,969 kematian menjelang 2200 GMT.
Brazil adalah negara paling teruk terjejas di rantau ini dengan 3.5 juta kes dan lebih 112,000 kematian.
Amerika Selatan berada di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat sebagai negara paling teruk terjejas di dunia.
Peru yang pada Khamis menunjukkan penurunan sebanyak 30% dalam KDNK pada suku kedua, mencatat lebih 26,000 kematian.
Mexico pula mencatatkan 58,481 kematian daripada hampir 540,000 jangkitan Covid-19 pada lewat Rabu.
Menteri Luar Negeri Marcelo Ebrard mengumumkan pada Khamis yang sekurang-kurangnya 2,000 sukarelawan Mexico akan mengambil bahagian dalam percubaan fasa terakhir vaksin Rusia terhadap virus tersebut. – AFP, 21 Ogos, 2020.
Komen