Dua terbunuh dalam tembakan rambang di Walmart


Empat cedera dalam tembakan rambang di pusat pengedaran Walmart California, lapor media Amerika Syarikat pada Sabtu. – Gambar EPA, 28 Jun, 2020.

SEKURANG-kurangnya dua orang terbunuh dan empat cedera dalam tembakan rambang di pusat pengedaran Walmart California, lapor media Amerika Syarikat pada Sabtu.

Sebuah akhbar tempatan, Record Searchlight, memetik seorang saksi kejadian, berkata bahawa dia mendengar bunyi seperti tembakan senjata semi automatik di kawasan itu di bandar Red Bluff.

The Searchlight dan media lain termasuk CNN turut memetik pegawai hospital mengenai jumlah mangsa kejadian tersebut.

Pengurus bandar Red Bluff, Rick Crabtree memberitahu CNN bahawa sebuah kereta melanggar bangunan itu sekitar jam 3 petang waktu tempatan, 

Ia turut menyebabkan kebakaran kecil yang menurut beliau tidak ketara. – AFP, 28 Jun, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen