Sanders menang pemilihan demokrat di New Hampshire


Calon presiden Demokrat Senator Bernie Sanders berucap di Southern New Hampshire University di Manchester, New Hampshire, Amerika Syarikat pada 11 Februari. – Gambar EPA, 12 Februari, 2020.

SENATOR Bernie Sanders dari Vermont, pada Selasa diumum memenangi pemilihan peringkat parti Demokrat di New Hampshire, dalam usahanya untuk menjadi calon merebut jawatan presiden Amerika Syarikat, lapor agensi berita Anadolu.

Dengan hampir 90% laporan daripada pusat penjumlahan, Sanders memperoleh lebih 26% undi.

Bekas datuk bandar South Bend Indiana Pete Buttigieg pula mendapat 24% undi dan Senator Minnesota Amy Klobuchar 20%, menurut ABC News.

Bercakap di New Hampshire, Sanders mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya “untuk kemenangan besar” itu.

“Kemenangan di sini malam ini petanda awal berakhirnya Donald Trump,” katanya. 

Senator Elizabeth Warren dan bekas naib presiden Joe Biden berada di belakang, apabila memperoleh kurang 10% undi.

Pemilihan itu diadakan selepas seminggu kokus Iowa. – Bernama, 12 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen