AMERIKA Latin dan Caribbean kini mengatasi Eropah merekod jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 paling tinggi.
Menurut data yang diperolehi AFP wilayah itu mencatat 213,120 kematian setakat semalam lebih 460 kes berbanding Eropah.
Daripada 41,500 kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan seluruh dunia sepanjang minggu lalu, 18,300 direkodkan di Amerika Latin dan Carribbean.
Latin Amerika juga mencatat jumlah jangkitan paling banyak di dunia iaitu 5.3 juta kes.
Lebih separuh daripada jumlah itu, iaitu kira-kira 2.9 juta dilaporkan di Brazil. Brazil sehingga kini mengesahkan 98,500 kematian akibat Covid-19.
Mexico pula setakat Khamis lalu merekod lebih 460,000 kes jangkitan dengan lebih 50,000 kematian. – AFP, 8 Ogos, 2020.
Komen