Mahkamah tetapkan keputusan bubar DUN Sabah Jumaat ini


Sheridan Mahavera

Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonan bekas ketua menteri Sabah Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN pada 30 Julai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Ogos, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu hari ini menetapkan 21 Ogos untuk keputusan berhubung permohonan sama ada pembubaran dewan undangan negeri (DUN) Sabah boleh diadili atau tidak.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada permohonan difailkan oleh 33 Adun yang mencabar pembubaran DUN.

Pemohon memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN pada 30 Julai.

Juhar memperkenankan permohonan bekas ketua menteri Sabah Mohd Shafie Apdal pada 29 Julai untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) baharu di negeri itu yang mempunyai 73 kerusi.

Shafie memohon pembubaran itu selepas mendakwa sejak kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) pada hujung Februari, ada cubaan untuk membeli wakil rakyat negeri yang menyokong partinya, Warisan yang mengetuai kerajaan negeri Sabah.

Warisan ialah sekutu PH, yang jatuh apabila ada ahli Parlimen keluar parti dan menyertai gabungan Perikatan Nasional. – 17 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen