Pemilihan Dr Mahathir jalan terbaik Anwar jadi PM, kata Kit Siang


Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan partinya dan Amanah mengabaikan Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2020.

DAP dan Amanah tidak mengabaikan Anwar Ibrahim. Sebaliknya pilihan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri adalah jalan terbaik bagi presiden PKR itu mengambil alih untuk memimpin kerajaan, kata Lim Kit Sing.

“Persoalan yang timbul di kebanyakan fikiran sejak seminggu lalu adalah mengapa DAP dan Amanah mengabaikan Anwar Ibrahim dan berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad. Mereka salah,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

“DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar untuk memihak kepada Dr Mahathir kerana ini adalah jalan paling menyakinkan bagi Anwar untuk menjadi perdana menteri.”

Komponen Pakatan Harapan (PH) berdepan kebuntuan memilih calon untuk perdana menteri dengan PKR berkeras mahukan Anwar sebagai calon pakatan itu jika ia memperoleh suara majoriti di Parlimen atau menang dalam pilihan raya awal.

DAP dan Amanah pada Ahad sekali lagi mendesak PKR kembali kepada konsensus PH untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai calon tunggal, dengan berkata perjanjian akan ditandatangani dan mendedahkan secara terbuka kuasa kepada Anwar selepas enam bulan.

Dalam temu bual dengan Channel News Asia, Anwar dilaporkan hari ini terbuka bagi Dr Mahathir dilantik sebagai menteri mentor. 

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidak menyokong kembalinya ahli politik berusia 95 tahun itu sebagai perdana menteri.

Lim mendesak para penyokong berhenti menjadi “tahanan masa lalu”, dengan berkata pilihan raya bersejarah 9 Mei 2018 yang membawa perubahan kerajaan secara aman dan demokratik tidak akan berlaku.

“Kita juga tidak harus oportunis dan tidak sesekali mengorbankan prinsip asas kita untuk reformasi terhadap institusi dan demokrasi.”

Beliau berkata terdapat kesilapan dilakukan dalam tempoh 22 bulan pemerintahan PH dan ia tidak boleh diulangi jika ingin mendapatkan semula mandat.

Penyelesaian berhubung calon perdana menteri dengan peralihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan kepada Anwar sebagai perdana menteri ke-10 dalam masa enam bulan, Lim berkata sistem pakatan dalam membuat keputusan mengenai pelantikan utama Kabinet mesti dipersetujui.

“Tetapi kita harus realistik. Walaupun dengan semua faktor ini, tiada jaminan kejayaan untuk memperoleh semula mandat pengundi pada pilihan raya ke-14.”

“Seperti yang dinyatakan oleh DAP dan Amanah dalam kenyataan bersama semalam, dan dibuktikan dengan pertemuan sekretariat PH dan kenyataan bersama pemimpin utama ketiga-tiga parti itu, PH akan diteruskan sebagai gerakan politik bersatu untuk menyatukan semua kuasa politik yang mempunyai berpikiran sama di negara ini untuk menyelamatkan Malaysia,” tambahnya. – 23 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen