9 kes baharu Covid-19, Malaysia larang kemasukan dari Denmark


Ragananthini Vethasalam

Larangan masuk dikenakan terhadap pengunjung dari Denmark, dalam usaha kerajaan membendung penularan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2020.

PUTRAJAYA mengenakan sekatan kemasukan bagi pengunjung dari Denmark, berkuatkuasa 14 Mac.

“Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan kuarantin di rumah selama 14 hari,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kluster Covid-19 hari ini yang turut dihadiri ketua setiausaha negara dan ketua pengarah kementerian.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke negara itu, jika tiada keperluan yang mendesak.

Beliau berkata langkah lain yang dibincangkan akan dibawa kepada pertimbangan perdana menteri sebelum dilaksanakan. – 12 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen