Slovenia catat kes Covid-19 pertama 


Kementerian Kesihatan Slovenia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pesakit berkenaan baru pulang dari Maghribi melalui Itali. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mac, 2020.

WABAK Covid-19 kini menular ke Slovenia apabila negara ini mencatatkan kes pertama sejak virus itu pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, lapor agensi berita Sputnik.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pesakit berkenaan baru pulang dari Maghribi melalui Itali, kini dirawat sebuah hospital di Ljubljana.  

Pihak berkuasa sedang mengesan semua individu yang berhubung rapat dengan pesakit, tambah kenyataan itu. – Bernama, 5 Mac, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen