Isu turun karya, menteri akan bincang dengan Balai Seni Negara


Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Balai Seni Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan penurunan empat karya Ahmad Fuad Osman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Februari, 2020.

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Balai Seni Negara bagi menyelesaikan isu berkaitan penurunan empat karya Ahmad Fuad Osman.

Beliau berkata, Balai Seni Negara akan mengadakan satu mesyuarat begi membincangkan isu berkenaan hari ini sebelum menghantar satu laporan terperinci kepada kementerian.

“Apabila laporan itu sudah sampai kepada saya …saya sekali lagi akan mengadakan perjumpaan bersama mereka (Balai Seni Negara) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita mahu selesaikan masalah ini sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) di Kota Kinabalu hari ini.

Pada Isnin lepas Balai Seni Negara telah mengesahkan empat karya Ahmad Fuad Osman telah diturunkan, sempena pameran “At The End Of The Day, Even Art is Not Important” setelah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Ekoran itu, semalam Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik meminta Balai Seni Negara mempamerkan semula empat karya yang diturunkan, selain meminta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPVSN) meminta maaf kepada Ahmad Fuad.– Bernama, 13 Februari, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen