Pendakwa akan buktikan Zahid sengaja terima RM117.25 juta


Timothy Achariam

Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 18 November, 2019.

PENDAKWA dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi akan membuktikan bekas timbalan perdana menteri itu dengan pengetahuan menerima RM117.25 juta secara tidak sah, di mana sebahagian wang itu untuk golongan miskin dan memerlukan.

Membaca kenyataan pembukaan, ketua pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran berkata setiap urus niaga berlaku dalam pengetahuan tertuduh.

“Keterangan saksi dan bukti dokumen akan menunjukkan tertuduh tahu atau ada alasan untuk percaya bahawa jutaan ringgit yang diterimanya adalah hasil daripada aktiviti haram,” kata Raja Rozela di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Pendakwa raya membuka kesnya dengan 12 pertuduhan pecah amanah di mana Zahid ditudh menyelewengkan RM31 juta daripada Yayasan Akalbudi dan akan membuktikan beliau menggunakan wang itu untuk membuat enam bayaran kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen untuk kenderaan persendirian.

Yayasan Akalbudi ialah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.

“Pendakwa akan membuktikan wang ini yang diamanahkan kepada tertuduh atas kapasitinya sebagai ahli lembaga amanah yayasan itu.

“Jejak wang itu akan dibentangkan di mahkamah dan menunjukkan tidak sesen pun daripada RM31 juta itu digunakan untuk kepentingan golongan miskin,” katanya.

Sekurang-kurangnya 20 saksi akan dipanggil untuk membuktikan 12 pertuduhan itu dengan bukti dokumen.

Bagi tuduhan rasuah, pendakwa berkata ia akan membuktikan antara 2016 dan 2018, kketika menjadi menteri dalam negeri, Zahid menerima RM17 juta sebagai balasan kerana memberikan tiga kontrak kepada beberapa syarikat.

“Pendakwa akan menunjukkan bukti bahawa tertuduh alat kepada penganugerahan tiga kontrak berkenaan,” kata Raja Rozela.

Katanya, dalam tempoh saman, Zahid didakwa menggunakan kedudukan sebagai menteri ketika dikatakan menerima RM4.25 juta daripada “seseorang”. – 18 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen