Wong tuntut penjelasan dilarang masuk Sarawak, tidak dibenar dapat rawatan


Timothy Achariam

Dr Wong Chin Huat alami tekanan darah tinggi dan sakit kepala ketika ditahan oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.

KERAJAAN negeri Sarawak dan Jabatan Imigresen negeri perlu beri penjelasan mengapa melarang masuk seorang yang sedang sakit, kata pakar reformasi pilihan raya, Dr Wong Chin Huat.

Ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) itu berkata beliau menyokong penuh autonomi imigresen Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan undang-undang, tetapi ia perlulah dilaksanakan secara telus dan rasional.

Wong dilarang masuk Sarawak semalam dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak di Kuching. Beliau dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur malam ini.

Wong mengalami tekanan darah tinggi dan sakit kepala ketika ditahan oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Beliau tidak diberi rawatan sehinggalah menteri persekutuan campur tangan.

“Permintaan saya untuk mendapatkan rawatan doktor tidak diendahkan oleh pegawai Jabatan Imigresen Sarawak, sengaja tidak mempedulikan risiko kesihatan saya yang mengalami tekanan darah tinggi untuk ambil penerbangan selama 110 minit,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Wong, beliau meminta untuk mendapatkan rawatan sejak pukul 7.15 malam tetapi tidak diendahkan.

Seorang doktor datang pada pukul 9.45 malam selepas campur tangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, jelas Wong. Tetapi pegawai imigresen menolak permintaan doktor berkenaan supaya Wong dimasukkan ke hospital.

“Saya dirawat di hospital hanya selepas Menteri (Kerja Raya) Baru Bian masuk campur.” – 15 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen