Kenapa ubah undang-undang ketika kempen PRK, soal peguam


Timothy Achariam

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata undang-undang tidak boleh diubah ketika kempen PRK berlangsung. – Gambar fail The Malaysian, 13 November, 2019.

SEORANG peguam terkemuka yang dikaitkan dengan Bersatu hari ini menolak syarat yang ditetapkan oleh polis untuk mendapatkan permit berkempen dari rumah ke rumah dalam PRK Tanjung Piai.

Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan alasan penguatkuasaan syarat-syarat ini yang ditetapkan oleh polis pada pertengahan tempoh kempen PRK itu.

“Kamu tidak boleh mengubah undang-undang ketika kempen PRK berlangsung, mereka sepatutnya cuba melaksanakannya sama ada sebelum atau pada PRK akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insight sambil menambah ia mungkin akan merosakkan kempen pilihan raya.

Beliau juga berkata meletakkan tanggungjawab ini terhadap polis akan membuka peluang untuk mereka dituduh berat sebelah.

“Jika mereka kuatkuasakan undang-undang ini pada calon tertentu, ahli politik akan kata polis berpihak pada sebelah pihak sahaja. Ini tidak betul,” katanya.

Beliau juga berkata polis tidak boleh melampaui skop ditetapkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana permit polis hanya diperlukan sekiranya calon menganjurkan mesyuarat, perhimpunan atau melibatkan ucapan atau ceramah.

Kempen pintu ke pintu tidak dilindungi di bawah syarat ini dan tempoh kempen yang singkat menjadikannya tidak munasabah serta tidak adil bagi calon untuk menunggu kelulusan permit. – 13 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen