Putrajaya tidak bersungguh tangani isu alam sekitar, kata aktivis


Yeoh Cheong Ee Desmond Davidson

Isu jerebu rentas sempadan dan kes pencemaran sungai adalah antara kegagalan kerajaan PH menyelesaikan isu alam sekitar, kata aktivis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2019.

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) tidak begitu bersungguh-sungguh dalam menangani masalah alam sekitar sepanjang 500 hari mentadbir, kata aktivis alam sekitar.

Mereka berkata isu jerebu rentas sempadan dan kes pencemaran sungai adalah antara kegagalan kerajaan baharu menyelesaikan isu alam sekitar.

Aktivis alam sekitar Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun berkata Putrajaya tidak cukup berani dan telus, dan ini boleh dilihat melalui bagaimana kerajaan menguruskan isu jerebu rentas semapadan yang melanda negara baru-baru ini.

“Namun satu perkara yang kita harus puji ialah pelarasan dalam pengukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU), iaitu dari PM10 kepada PM2.5 yang lebih cekap,” kata Heng.

“Pada masa yang sama, Menteri Industri Utama Teresa Kok juga menegaskan ladang kelapa sawit kita tidak terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia.”

Asap jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura serta Indonesia adalah berpunca dari pembakaran hutan oleh petani dan syarikat perladangan di Sumatera dan Kalimantan.

Kerajaan Indonesia juga mendakwa syarikat kelapa sawit Malaysia sengaja melakukan pembakaran di kawasan ladang mereka.

Kok menepis dakwaan Indonesia dan berkata syarikat perladangan Malaysia komited kepada pelaksanaan Dasar Pembakaran Sifar dalam pembangunan ladang sawit mereka.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) juga menolak tuduhan itu dengan berkata kebakaran bermula di tanah milik syarikat-syarikat kecil.

Heng berkata kerajaan perlu telus mengenai maklumat tentang operasi syarikat perladangan Malaysia dan dedahkan peta kawasan operasi mereka.

“Dedahkan syarikat mana yang langgar peraturan dan hukum mereka.” – 27 September, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen