Kelemahan Pakatan jejas harapan rakyat, kata ahli akademik


Mustafa K. Anuar

Rakyat juga melihat kegagalan PH menunaikan janji pilihan raya sebagai mengkhianati kepercayaan mereka yang mungkin akan menyebabkan pakatan itu hanya mampu duduk selama sepenggal di Putrajaya, kata ahli akademik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2019.

RAKYAT meletakkan jangkaan yang tinggi Pakatan Harapan (PH) akan membawa perubahan besar sepanjang 500 hari mentadbir dan sukar menerima sebarang kelemahan, kata ahli akademik dan aktivis.

Malah rakyat juga melihat kegagalan PH menunaikan janji pilihan raya sebagai mengkhianati kepercayaan mereka, yang mungkin akan menyebabkan pakatan itu hanya mampu duduk selama sepenggal di Putrajaya, tambah mereka.

Sambil mengakui prestasi PH tidak memberangsangkan, Dr Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) perubahan tidak datang menyeluruh ketika Malaysia melalui peralihan demokrasi sejak pilihan raya umum lalu.

“Malah Indonesia sejak 21 tahun lalu masih bergelut dengan masalah peralihan demokrasi,” kata Azmil.

“Jadi, ada pasang surut sepanjang 500 hari. Perubahan yang paling ketara adalah keterbukaan ruang demokrasi. Rakyat kini lebih bebas bersuara dan membantah.

“Penyertaan aktivis terkemuka dalam agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) juga memberi harapan kepada rakyat bahawa kerajaan boleh melaksanakan pembaharuan.

“Namun, masih ada beberapa isu yang kekal sensitif dan dilarang seperti 3R - race, religion, royalty (kaum, agama, institusi diraja) yang tidak boleh dikritik secara terbuka.

Azmil berkata kelemahan utama kerajaan PH adalah mengenai ketegasan dalam isu etno-agama dan dasar ekonomi neoliberal yang tidak mengutamakan kebajikan rakyat. – 28 September, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen