ANGKA korban Taufan Dorian di Bahamas kini mencecah 43 orang dan dijangka terus meningkat, kata media semalam.
Rangkaian berita Amerika Syarikat (AS), CNN dan akhbar Bahamas The Tribune berkata Menteri Kesihatan Duane Sands mengesahkan angka terbaru itu meningkat kepada 30 orang.
Jurucakap Perdana Menteri Hubert Minnis Erica Wells Cox berkata kepada NBC News, jumlah 43 korban adalah angka rasmi terkini bencana ini dan ramai lagi dipercayai masih hilang.
“Jumlah korban dijangka akan terus meningkat,” katanya.
Dorian adalah Kategori 5 badai – yang tertinggi pada skala lima peringkat angin yang melanda utara Bahamas pada Ahad lepas dan menyebabkan berlaku kemusnahan besar.
Menurut pegawai bantuan PBB lebih 70,000 orang – hampir seluruh penduduk pulau Grand Bahama dan Abaco memerlukan bantuan setelah badai itu memusnahkan rumah mereka.
Beribu-ribu orang didapati hilang dan pegawai Bahamian mengatakan jumlah itu boleh menjangkau ke angka yang “mengejutkan”. – AFP, 7 September, 2019.
Komen