AGENSI Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bersedia dengan bantuan perubatan dan bekalan makanan bagi membantu rakyat di Bahamas selepas dilanda Taufan Dorian.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 61,000 orang memerlukan bantuan bekalan makanan selepas taufan berkenaan melanda kepulauan itu, kata pegawai agensi berkenaan di Geneva.
Kerosakan pada sistem rawatan air pulau berkenaan juga mencadangkan bekalan air bersih akan menjadi keutamaan di masa akan datang, menurut kenyataan agensi ha ehwal kemanusiaan, OCHA.
Namun pakat PBB masih menunggu kelulusan daripada kerajaan untuk menilai situasi di lapangan, kata jurucakap OCHA Jen Laerke.
Kenyataan OCHA berkata, pihak berkuasa di pulau Abaco bercakap mengenai “kerosakan malapetaka”, manakala pegawai kecemasan di Grand Bahama melaporkan berlaku banjir besar di kawasan berkenaan.
Herve Verhoosel dari Program Makanan Dunia berkata, pihaknya menganggarkan 47,000 orang memerlukan bantuan makanan di Grand Bahama dan 14,000 lagi di Abaco.
Pasukan perubatan juga bersedia untuk campur tangan, kata jurucakap Organisasi Kesihatan Sedunia, Fadela Chaib.
Perdana Menteri Bahamas Hubert Minnis berkata, taufan kategori 5 itu meragut lima nyawa selepas menyebabkan tanah runtuh, menyifatkan ia sebagai /‘tragedi bersejarah” di kepulauan itu.
Usaha untuk memberikan bantuan itu akan dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Caribbean (CDEMA). – AFP, 3 September, 2019.
Komen