Angka korban Taufan Dorian meningkat 7 orang


Angkat korban akibat Taufan Dorian yang melanda Bahamas dijangka meningkat. – Gambar EPA, 4 September, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang terbunuh di Bahamas akibat Taufan Dorian, angka korban dijangka meningkat, kata Perdana Menteri  Hubert Minnis pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua. 

Pada sidang akhbar, Minnis berkata angka korban meningkat dari lima kepada tujuh orang. 

“Kita menjangkakan lebih banyak kematian,” katanya.

Pada Selasa tahap badai itu diturunkan kepada Kategori Dua, Taufan Dorian kini bergerak ke utara pantai Amerika Syarikat. – Bernama, 4 September, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen