Umat Islam dan bukan Islam dilarang berdoa bersama


The Malaysian Insight

Upacara berdoa beramai-ramai melibatkan agama Islam dan bukan Islam perlu “digantikan dengan pengisian aktiviti perkongsian mesej perpaduan”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2019.

PENGANJURAN upacara berdoa beramai-ramai secara senyap atau bergilir-gilir melibatkan agama Islam dan bukan Islam adalah dilarang di bawah arahan dikeluarkan oleh sebuah agensi Jabatan Perdana Menteri.

Arahan daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPA) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dikeluarkan melalui surat bertarikh 3 September.

Surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight mengatakan mengenai dua sesi doa:

* Di mana umat Islam membaca doa mereka serentak dengan penganut agama lain yang membaca doa mereka sendiri sebelum majlis bermula.

* atau ketika umat Islam dan bukan Islam bergilir-gilir membaca doa mereka sendiri sebelum majlis bermula.

Surat JKMPKA menyatakan bahawa berdasarkan nasihat Jabatan Hal Ehwal Agama Persekutuan (Jakim) kedua-dua jenis doa tidak seharusnya diadakan dalam program yang sama.

Di dalam surat itu mengatakan upacara itu perlu “digantikan dengan pengisian aktiviti perkongsian mesej perpaduan”.

Surat JKMPKA merujuk kepada bantahan yang dibuat oleh Jakim di dalam surat bertarikh 7 Ogos kepada jawatankuasa berkenaan.  

Sumber dalam organisasi bukan Islam memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka menyedari arahan daripada JKMPKA dan Jakim.

Dua sumber memberitahu The Malaysian Insight mereka dimaklumkan mengenai arahan itu kerana JKMPKA termasuk wakil kumpulan agama utama negara.

Satu sumber mengesahkan kumpulan mereka menerima surat daripada JKMPKA dan Jakim. – 5 September, 2019.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen