Pulihkan, jangan hancurkan keharmonian kaum, kata Anwar


Chan Kok Leong

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata semua orang harus memberi tumpuan untuk memulihkan keharmonian kaum dan bukannya dominasi Melayu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Ogos, 2019.

SEMUA orang harus memberi tumpuan untuk memulihkan keharmonian kaum dan bukannya dominasi Melayu, kata Anwar Ibrahim.

Mengulas kenyataan dikeluarkan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof dan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Anwar berkata kedudukan orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Sejarah orang Melayu tidak boleh dipertikaikan. Oleh itu terdapat peruntukan untuk raja-raja Melayu, Bahasa Melayu dan Keistimewaan Melayu.

“Ini Malaysia dan semua rakyat mempunyai hak sama.

“Lebih penting lagi untuk memulihkan keharmonian dan kasih sayang antara satu sama lain di negara ini,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas Redzuan berkata bahawa orang Melayu telah banyak berkompromi dengan isu perkauman berhubung isu Jawi manakala Dr Asri berkata orang Melayu perlu menjadi bangsa yang dominan di Malaysia.

Bagaimanapun Anwar menolak enggan mengkritik Redzuan atau Dr Asri.

“Tidak ada apa yang dapat hentikan daripada meningkatkan kualiti pendidikan dan tahap kemahiran dalam Bahasa Melayu atau menyebarkan Islam sebagai agama persekutuan dan mempunyai peruntukan untuk melindungi Perkara 153 dan ini tidak pernah disabotaj atau ditentang oleh orang bukan Melayu.

“Kepentingan negara lebih penting daripada kebimbangan kecil ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi keharmonian kaum dan tidak mencetuskan sentimen perkauman,” kata Presiden PKR. – 20 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen