Ada bantuan hari raya untuk penjawat awam, kata PM


Looi Sue-Chern

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bantuan Aidilfitri penjawat awam akan diumum tidak lama lagi. – Gambar The Malaysian Insight, 16 Mei, 2019.

BANTUAN keraian untuk penjawat awam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Akan ada (bantuan). Kita akan umum kemudian,” katanya ketika ditanya pemberita selepas acara sambutan Hari Guru di Pulau Pinang hari ini.

Beliau mengulas permintaan kesatuan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar kerajaan mempertimbang bayaran bonus untuk penjawat awam bagi sambutan Raya.

Presiden Cuepacs Azih Muda memberitahu pemberita, beliau mengutus surat kepada perdana menteri dan menteri kewangan dan turut berbincang dengan ketua setiausaha negara berhubung perkara itu.

Beliau mencadangkan setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000 manakala setiap pesara Gred 54 ke bawah diberi RM500.

Sejak beberapa hari lepas, tersebar dakwaan di media sosial yang kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi akan memberikan bantuan Aidilfitri seperti amalan pentadbiran Barisan Nasional. 

PH menakluk Putrajaya pada Mei 2018 dan segera mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan beban hutang negara mencecah RM1 trilion yang dikatakan berpunca kerana salah tadbir BN.  – 16 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen