Penjimatan kos diguna untuk bayar salah laku kerajaan BN, kat Guan Eng 


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kewangan Lim Guan Eng merujuk kepada penjimatan kos yang dicapai menerusi rundingan kontrak untuk Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 9 April, 2019

APA sahaja penjimatan kos yang dicapai Putrajaya “lenyap”, terima kasih kepada masalah kewangan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata Putrajaya kini bertanggungjawab untuk membantu organisasi seperti Tabung Haji dan Felda yang berdepan masalah kewangan berikutan salah tadbir urus dan penyalahgunaan kuasa. 

“Sebagai kerajaan, kita perlu menyokong kedua-duanya Felda dan Lembaga Tabung Haji,” katanya kepada pemberita Anugerah SME di ibu negara hari ini. 

“Kerajaan terdahulu buat semuanya salah menyebabkan kerugian besar. Ini sebabnya apabila kita membuat banyak penjimatan, semua ini hilang begitu sahaja.”

Beliau merujuk kepada penjimatan kos yang dicapai menerusi rundingan kontrak untuk Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Ditanya sama ada Kementerian Kewangan mempunyai dana yang diperlukan untuk menyelamatkan Felda, Lim berkata beliau hanya akan memberi komen selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali membentangkan kertas putih mengenai Felda di Parlimen esok, kerana agensi itu berada di bawah bidang kuasanya.

Putrajaya sedang mempertimbangkan bantuan RM3 bilion untuk mengurangkan beban aliran tunai Felda.

Lin berkata dalam kes Tabung Haji, kerajaan telah mengkaji kewangannya sebelum memutuskan bahawa ia boleh menyalurkan bantuan sebanyak RM17.8 bilion dalam tempoh sepuluh tahun.

“YB Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa) mempersoalkan bagaimana begitu banyak wang yang hilang di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.”

Beliau berkata persoalan yang perlu ditanya adalah apa yang telah mendorong dana haji itu jatuh sehingga bantuan itu diperlukan. – 9 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen