Mengapa projek penambakan tidak boleh di Pulau Pinang, soal Guan Eng


Looi Sue-Chern

KETUA Menteri Pulau Pinang mengingatkan Najib projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) adalah kesan daripada janji kerajaan persekutuan untuk bina LRT di negeri itu tidak ditunaikan.

“Kalau Najib masih ingat, beliau pernah janjikan untuk bina LRT kepada Pulau Pinang tiga kali dalam lapan tahun, namun tiada apa-apa.

“Jadi Pulau Pinang perlu rangkakan Pelan Induk pengangkutan sendiri yang akan dibiaya PSR.”

“Jangan buat keputusan politik yang menjadikan rakyat Pulau Pinang sebagai mangsa, yang mahukan projek penambakan ini bagi membolehkan kita membiayai projek transit aliran ringan,” kata Lim

Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), menerusi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang – merupakan pelan komprehensif membabitkan pengangkutan air, darat dan landasan awam untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik di negeri itu.

Lim berkata jika kerajaan persekutuan tidak berminat dengan projek penambakan itu, mengapa membenarkan projek yang sama di Johor, Melaka dan Kedah, yang mula menambak laut tanpa merujuk DEIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci).

“Mengapa kamu benarkan projek penambakan di negeri lain? Di sesetengah negeri projek penambakannya adalah elbih besar daripada apa yang Pulau Pinang cadangkan.

“Mengapa ia dibenarkan? Ada yang tidak bayar secukupnya pampasan kepada nekayan,” katanya pada sidang emdia hari ini.

Perdana Menteri Najib Razak semalam yang menyatakan projek penambakan itu umpama “menabur pasir dalam periuk nasi” 1,500 nelayan.

Najib ketika di Balik Pulau semalam berkata, kerajan persekutan tidak akan menyokong cadangan penambakan tanah di perairan sekatan pulau itu buka sebab ia dijalankan pembangkang, tetapi kerana pendirian kerajaan persekutuan bahawa “projek itu tidak boleh menjejaskan kepentingan komuniti nelayan dan alam sekitar”.

Lim juga berkata kerajaan Pulau Pinang tidak pernah meengabaikan kepentingan nelayan dan membayar pampasan kepada komuniti itu.

Malah katanya, bayaran pampasan yang diberikan kepada adalah paling tinggi di negara ini, namun tidak menyebut jumlahnya.

“Saya mahu tegaskan bahawa masa depan nelayan juga menjadi kepentingan kerajaan negeri. Itu sebabnya setiap tahun kita berikan mereka pukat pantai secara percuma sebanyaak dua kali.

“Kami sudah nyatakan komuniti ini akan menerima pampasan dan kami akan memastikan impak projek itu terhadap aktiviti nelayan minima.

“Kami bukan mahu memanjangkan pantai dalam menerusi projek ini, tidak seperti Johor. Kami membina pulau buatan manusia. Akses nelayan untuk ke laut tidak tersekat,” katanya.

Lim berkata projek terbabit di negeri Pakatan Harapan sepatutnya tidak ditentukan berdasarkan keputusan politik.

“Kini projek PSR sedang dikaji Jabatan Alam Sekitar. Prosesnya setakat ini berjalan lancar. Biar projek itu ditentukan secara teknikal bukan politik.

“Keputusan (kenyataan Najib) tidak berdasarkan perbincangan atau pendapat pakar alam sekitar dan teknikal. Ia hanya keputusan politik bagi memenuhi kehendak ahli Parlimen Balik Pulau Dr Hilmi Yahaya.”

Ketika program Jamuan Rakyat yang dihadiri Najib semalam sebelum merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Balik Pulau, Dr Hilmi berkata 1,500 orang nelayan yang turut hadir membantah projek PSR.

Nelayan turut menerima elaun sara hidup sebanyak RM4.5 juta daripada kerajaan persekutuan pada majlis itu.  – 27 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen