[VIDEO] Global Bersih gesa sistem undi pos luar negara lebih berkesan


GLOBAL Bersih (GB) menyeru rakyat Malaysia di luar negara supaya memainkan peranan mereka bagi memastikan kertas undi untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang tiba di tanah air tepat pada masanya.

Setiausaha Agung GB Nirmala Devi berkata pada masa yang sama badan pemantau pilihan raya itu akan membantu pengundi menerima dan mengembalikan semula undi pos ke Malaysia mengikut masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata sistem undi pos perlu ditambah baik supaya kertas undi rakyat di luar negara sampai di tanah air dengan lancar dan tepat masanya. – 11 Julai, 2023.


Sign up or sign in here to comment.


Comments