Polis siasat Namewee dan video anjing


Kamles Kumar

POLIS sedang menyiasat aduan berhubung muzik video terbaru penyanyi rap Namewee berjudul Like a Dog yang didakwa menghina Islam. – Gambar YouTube, 18 Februari, 2018.

POLIS sedang menyiasat aduan berhubung muzik video terbaru penyanyi rap Namewee berjudul Like a Dog yang didakwa menghina Islam.

Ketu Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihak berkuasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kes itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka. SKMM bekerjasama dengan kami,” kata padang sidang akhbar hari ini.

Fuzi berkata Namewee tidak berada dalam negara, menyebabkan polis perlu meminta bantuan SKMM untuk menjejakinya.

“Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (kerana mengeluarkan perkataan yang berniat menyinggung perasaan beragama orang lain), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan jaringan,” katanya.

Aktivis media Kamarudin Ahmad menggesa SKMM menyiasat klip video itu, yang didakwa menampilkan penari berpakaian tidak sopan berhampiran Masjid Putra di Putrajaya.

Semalam, Namewee atau nama sebenarnya Wee Peng Chee berkata video yang dikeluarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu hanya sekadar untuk hiburan, dan beliau tidak berniat menghina agama atau bangsa lain.

Dalam video itu, Namewee menyanyikan anjing mempunyai salakan berbeza dan negara berbeza. Di Amerika, anjing menyalak go “woof woof”, di Indonesia “bow wow”, sementara anjing Malaysia “mari mari wang wang”.

Dia ditemani penari latar yang memakai topeng anjing yang beraksi lucah dan wang bersepah mengikut rentak muzik.

Namewee berkata muzik video itu dirakamkan di jalan utama di Putrajaya.

“Babak yang ditampilkan dalam muzik video itu dirakamkan di jalan utama di Putrajaya. Saya tidak pernah berniat untuk menghina agama mana-mana agama atau bangsa,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata artis provokatif itu bertuah kerana setakat ini sering terlepas daripada hukuman akibat perbuatannya, tetapi dia pasti mendapat balasannya satu hari nanti.

“Jangan salahkan pihak berkuasa jika tindakan dikenakan terhadapnya,” kata Zahid. – 18 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • manusia mcm ni bernasib baik..kerana tinggal di Malaysia...jika kamu berada di afghan atau di timur tengah..munkin telah lama mati..
    provokasi yg melampau..
    memang lahanatullah khafir yg bernama namewee..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan