[VIDEO] Berita TMI: PH hilang 29 kerusi PRU15; Zakiah Hanum meninggal dunia
BERIKUT lima ringkasan berita utama TMI 2 Ogos, 2019:
1. Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati kerjasama PAS dan Umno akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) hilang 29 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-15. [BACA]
2. Sementara itu, kajian IDE turut mendapati tidak sampai separuh orang Melayu menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim menggantikan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. [BACA]
3. Isu status Islam pada kad pengenalan 96 orang Asli Temiar akan dirujuk peguam negara. [BACA]
4. Malaysia akan membantu pelarian Rohingya dapat pendidikan dan peluang pekerjaan secara sah di dalam negara. [BACA]
5. Bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Zakiah Hanum meninggal dunia awal hari ini. [BACA]
* Berita Utama TMI merupakan ringkasan berita pilihan The Malaysian Insight yang ekslusif dalam pelbagai topik berkaitan isu semasa, cerita rakyat, politik dan ekonomi.
Komen