WANITA pertama menjadi ketua pengarah jabatan kerajaan, Zakiah Hanum Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Pantai di Kuala Lumpur, awal pagi ini lapor The Edge Market.
Zakiah adalah bekas ketua pengarah Arkib Negara yang pertama dan wanita Malaysia pertama menerima anugerah “Ramon Magsasay”.
Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya, Farha Mohd Nor pada jam 12.30 tengah malam tadi, lapor akhbar berkenaan.
Farha berkata ibu sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-82 bulan depan.
Zakiah berkahwin dengan Mohd Nor Ismail dan mempunyai tiga orang anak.
Allahyarham juga menulis banyak buku termasuk “Sembang Mak Alang”, “Asal-usul Negeri Negeri di Malaysia”, “Kuih-muih Utara” dan lain-lain serta pernah menerajui Pertiwi iaitu pertubuhan bukan kerajaan untuk penjawat awam wanita.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. – 2 Ogos, 2019.
Komen