Saya gembira Najib dibenar ikat jamin, kata Nurul Izzah


Looi Sue-Chern

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika menghadiri forum Kalis Masa Depan yang diadakan bersama ahli PKR di Seberang Perai malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 September, 2018

NURUL Izzah meluahkan rasa gembira apabila mahkamah mebenarkan ikat jamin ke atas Najib Razak selepas didakwa dengan 25 pertuduhan penyelewengan dan pengubahan wang haram melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

Nurul turut mengingatkan rejim di Putrajaya agar tiada siapa yang perlu ditekan, walaupun seorang musuh.

“Saya gembira Najib dibenarkan ikat jamin. Ia satu ujian.

“Walaupun terdapat banyak rampasan dibuat, beliau masih dibenarkan untuk diikat jamin,” kata Nurul kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau turut menjelaskan 20 September merupakan ulang tahun ke 20 penahanan Anwar Ibrahim. Dan kini ia juga menandakan sebagai hari di mana bekas perdana menteri didakwa atas 25 pertuduhan penyelewengan dan pengubahan wang haram.

Bekas perdana menteri Najib Razak semalam berdepan 25 pertuduhan membabitkan skandal 1MDB di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 21 September, 2018

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung kepada Anwar Ibrahim, dalam ucapannya sebelum itu menyatakan tiada sesiapa pun yang perlu ditekan walaupun seorang musuh. Kenyataannya membawa kepada soalan pemberita berhubung pandangannya mengenai pendakwaan terhadap Najib.

Bekas perdana menteri itu berdepan pertuduhan melibatkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya pada 2013, dan kerana menerima RM42 juta secara tidak sah yang mempunyai kaitan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Setelah berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa pada Julai dan Ogos, Najib didakwa dengan empat lagi pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram semalam. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3.5 juta dengan dua orang penjamin.

Nurul Izzah berkata, sselepas penahanan bapanya pada 20 September, 1998, beliau diserang oleh Ketua Polis Negara ketika itu ketika digari dan matanya ditutup.

“Beliau dibiarkan tanpa rawatan perubatan selama lima hari. Kami hanya tahu mengenainya menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja.”

Anwar ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa minggu selepas penahanannya, beliau didakwa atas tuduhan penyelewengan kerana campur tangan dalam siasatan polis terhadapnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar beramah mesra dengan ahli PKR ketika mengadakan pertemuan di Seberang Perai malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 21 September, 2018

Beliau dipenjarakan enam tahun kerana penyelewengan dan sembilan tahun lagi atas tuduhan liwat. Sabitannya bagaimanapun ditukar pada 2004.

“Jika kamu tanya saya, Saya tidak fikir kamu boleh lihat banyak persamaan (antara dua kes),” kata Nurul Izzah.

“Jika dibandingkan, jelas sekali ayah saya adalah tahanan politik. Itu sebabnya kami bekerja keras untuk melaksanakan pembaharuan bagi mengelakkan sesiapa sahaja berdepan kekejaman itu.”

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, tiada sesiapa pun yang sepatutnya mengalami apayang dihadpai Anwar dan ramai yang sanggup menghadapinya kerana menentang sistem sebagai pembangkang yang sah.

“Mengapa selama ini rakyat bersuara dalam membela Anwar? Kerana beliau ditekan.

“Saya berterima kasih kepada rakyat yang lantang bersuara untuk memberi tekanan kepada kuasa yang perlu diingat tangguungjawabnya,” katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah yang berkempen untuk mepertahankan jawatan naib presiden PKR pada pemilihan parti itu juga berkata, walaupun 20 September merupakan hari yang tragis, parti yang lahir daripada perjuangan Anwar untuk keadilan dan pembaharuan membuktikan ia boleh bangkit dan membawa perubahan.

PKR yang merupakan salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan, mempunyaai wakil paling ramai dalam Dewan Rakyat dengan 51 kerusi. – 21 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Bina sebuah MASJID, sebelum nk dukung Rakyat Malaysia. Tak pandai nk jaga rumahtangga sendiri nak tuntut keadilan.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh HI HI · Ulasan