Najib dibenar ikat jamin RM3.5 juta


Bede Hong

Peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya akan membayar RM1 juta esok untuk ikat jamin Najib Razak, dan RM500,000 setiap hari mulai Isnin. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 September, 2018.

MAHKAMAH Sesyen hari ini membenarkan Najib Razak diikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin selepas kedua-dua pihak pendakwa raya dan peguam pembela berhujah panjang lebar.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa jumlah ikat jamin tidak dapat dibayar penuh hari ini dan mencadangkan ia dibayar secara ansuran.

“Kami tidak pasti dapat membayar hari ini.

“Kami akan bayar RM1 juta esok. Kami akan mula membayar RM500,000 dari Isnin, setiap hari,” kata Shafee di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram memberitahu hakim bahawa kebenaran untuk membuat bayaran secara ansuran terpulang kepada budi bicara mahkamah. – 20 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen