Kami akan cari pembunuh Teoh Beng Hock, kata menteri


Gan Pei Ling

Kerajaan baharu akan membawa pihak bertanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock ke muka pengadilan, janji Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kepada keluarga Teoh pada majlis memperingati mendiang hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Julai, 2018.

KERAJAAN baharu akan membawa pihak bertanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock ke muka pengadilan, janji Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kepada keluarga Teoh pada majlis memperingati mendiang hari ini.

“Beliau telah meninggalkan kita selama sembilan tahun (tetapi) kami mahu Teoh Beng Hock tahu yang kami tidak melupakan beliau.

“Beliau memainkan peranan dalam membangkitkan mengenai (idea) Malaysia baharu. (Kami perlu) mengenal pasti pesalah dan punca sebenar kematian beliau bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

“Kami tidak akan biarkan pembunuh itu terlepas,” kata menteri kewangan itu pada majlis memperingati mendiang Teoh di Nirvana pagi ini.

Pada 16 Julai 2009, Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Selangor, ketika beliau dalam tahanan SPRM.  

Teoh, yang ketika itu adalah setiausaha politik kepada bekas exco Selangor Ean Yong Hian Wah, disoal siasat selama 11 jam sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri.

Kabinet mengumumkan pada 20 Jun yang ia akan membuka semula siasatan ke atas kes Teoh.

Sekurang-kurangnya 100 orang menghadiri majlis memperingati tersebut.– 8 Julai, 2018.

Pada 16 Julai 2009, Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Selangor, ketika beliau dalam tahanan SPRM.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 Julai, 2018.   

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mingkin juga dia 'bunuh diri' kerana tidak tahan dengan interogasi.... pada pandangan saya dia tidak mungkin dibunuh oleh sesiapa.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan