AHLI Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusinya seperti yang diarahkan oleh Bersatu kerana notis itu tidak jelas.
Bersatu mendakwa Mohd Azizi salah seorang daripada enam wakil rakyat yang keahliannya dibatalkan secara automatik mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.
Mohd Azizi dilaporkan berkata beliau menerima notis pemberhentian parti pada Rabu tetapi beliau tidak akan mematuhinya.
“Walaupun saya menerima notis itu, saya tidak akan mengosongkan kerusi itu kerana notis daripada Bersatu adalah sangat kabur.
“Kepimpinan parti juga tidak adil dan tidak profesional dalam berinteraksi dengan saya sebagai ahli parti yang telah membantu menaikkan imej parti melalui keputusan pilihan raya umum ke-15 yang lalu,” katanya dipetik akhbar New Straits Times hari ini.
Mohd Azizi berkata beliau akan menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan mengenai kerusi itu.
“Apa yang jelas saya tidak pernah mahu keluar parti dan sokongan saya kepada kerajaan persekutuan tidak boleh dilihat dari perspektif yang salah,” tambahnya.
Pada Rabu Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata parti itu membatalkan keahlian enam wakil rakyat berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata ia mengeluarkan notis kepada enam ahli Parlimen dan memulakan penyingkiran mereka tanpa berlengah-lengah.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam pada itu berkata parti itu juga akan menghantar surat kepada Dewan Rakyat, dan speaker DUN Selangor dan Kelantan tidak lama lagi berhubung status kekosongan. – 14 Jun 2024.
Komen